Friday, June 12, 2015

Majlis Aqiqah & Kesyukuran dan 2nd birthday


Assalamualaikum and Hye.
Lama menyepi and tinggalkan blog dengan entry bersalin haritu. huhu.

Hari ni dapat curik-curik tulis entry blog sementara yang si adik tengah tidur, yang si kakak tu tengah tido jugak sebelah-sebelah. Aku rasa situasi anak dua ni pun dah macam tak menang tangan dah. Meriahh, macam anak lebih dari 2. Lagi-lagi bila yang si kakak tu masih tak putus susu lagi, masih mengempeng mintak nenen. Kiranya, kakak masih berkongsi susu dengan adik. huwarrrghhhh. 

Tapi betul laa orang cakap, bila duduk rumah jaga anak ni, penat dia berbaloi bila tengok anak-anak membesar depan mata dan membesar dengan tangan sendiri. Tipulaaa kalau aku cakap aku tak penat, tak cukup tidur tu perkara biasa. hehe. Tapi seronokla bila tengok gelagat dua beradik, si kakak pandai mengasuh adiknya. Alhamdulillah, tak sia-sia Medina sebelum adik lahir belajar siap-siap pakaikan pampers dekat teddy bear dia. haha. 




Hari Sabtu yang lepas, 6th June 2015, sempat jugak untuk kitorang buat kenduri serba sederhana untuk Majlis Aqiqah dan Kesyukuran untuk baby Hasya. Aku pilih tarikh ni sebab tepat-tepat hari lahir Medina yang ke-2 tahun. Dah alang-alang, jimat kos, buat sekaligus majlis aqiqah dan sambut hari lahir Medina. Jemputan pun memang tak ramai sangat sebabkan aku masih lagi dalam tempoh pantang, hari ke 41 pantang.  

Tapi sekarang dah MERDEKA! hehe. dah habis pantang dah pun yang wajibnya 44 hari. Kali ni pun hanya jemput family, sedara mara, student tahfiz untuk mengetuai bacaan doa dan beberapa rakan terdekat aku dan suami. Kawan-kawan yang sebelum ni pernah jemput masa kenduri yang lepas pun, banyak yang tak dapat nak jemput sebab aku takut tak terlayan dalam situasi pantang macamni. Takut renyah-renyah sangat pun tak boleh jugak kan. Sorry korang :( 


Majlis Aqiqah kali ni dapat buat awal sikit berbanding dengan majlis Aqiqah Medina dulu. Masa Medina, dia dah umur 2 bulan lebih. Rezeki adik dapat buat awal sikit masa dalam hari. 


Hasya Tasnim
Kesempurnaan air mata syurga



Doorgift

Puas mengikat tali satu-satu kotak ni malam sebelum kenduri. huhu. Tapi tu lah, bab-bab handle apa-apa event macamni, aku sangat suka daripada zaman kawen lagi. 

Dalam kotak doorgift kali ni,  aku dah plan siap-siap untuk letak doorgift yang berbentuk makanan je sekaligus dapat sedekah pada tetamu daripada segi makanan. Jadi, dalam kotak doorgift ni aku letak makanan Brownies, Victoria sandwich Cake,Congo Bars dan sebuah buku Yassin + paperbag.




Buku Yassin


Aku plan untuk panggil beberapa orang student Tahfiz untuk bacakan doa selamat. Alhamdulillah walaupun dah beberapa tempat jugak call ada yang student Tahfiz tak dapat datang sebabkan time ni ramai balik rumah, cuti sekolah kan. Sampaikan last tu macam pasrah je, xde rezeki mungkin nak panggil diorang. Last minute minta kawan call kan satu tempat ni, Alhamdulillah ada punn and boleh datang.



Yang aku ni dah kenapaa dengan Aini dekat sebelah tu. haha.
baca doa macam sayu semacam, macam tunggu nak kena sarung cincin :')) lulz! 



Macam biasa, Medina kalau orang ramaii je, orang pertama dia akan dapatkan bantuan perlindungan ialah AYAH diaaa ! 



Sebenarnya masa ni, dalam fikiran aku tengah mengharapkan baby Hasya dalam buai tak menangis and jaga daripada tido! :'D Nasib masa bacaan doa selamat time ni, baby tengah sedap tido.





Makan time!
So far, untuk catering haritu pun last minute carik sebab catering yang selalu ambil tu tak free :( 
Try tanya dekat instagram siapa kenal catering yang masakan dia sedap dan best.  hehe.
Terus dapat. Catering by One Adnor by En. Adam. Sedap sangat2 ! Untuk kambing Aqiqah pulak aku dengan ibu mertua setuju dimasak lauk kurma. Dari segi lauk-lauk untuk majlis ni, aku banyak bincang dengan ibu mertua memandangkan time pantang ni ibu duduk sekali dengan aku.




Baby Hasya dah start bunyik-bunyik. huhuehe.
Muka Hasya Tasnim banyak irasnya lebih pada suami. Mata bulat tak sepet macam Kakak dia, kening je sama heheh sebab jenis kening nampak tak nampak halus-halus. Sampaikan ada yang tanya, kening baby pun cukur ke? T__T Wehhh, agak-agak la kannn soalan punn! haha.




Ibu dengan anak bijak ibu, Medina. 





Anak kesayangan ibu dan ayah, Baby Hasya Tasnim
Kesempurnaan mata air di dalam Syurga. Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, suatu kesyukuran atas nikmat Allah. Begitu jugak dengan kurniaan anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu dalam menghadapi pelbagai dugaan.

Semoga peribadimu seindah nama yang diberi, InshaAllah


Rambut Hasya sama jugak lebatnya macam kakakk dia lahir dulu.
Cuma kali ni tahap kelebatan rambut Hasya lagi sedikit tebal. 
Ntah macam mana tahhh anak aku dua-dua lahir memang jenis rambut lebat. Nak kata makan apa-apa, takde pulak. Mungkin dari segi genetik ayah dan mak memang jenis rambut lebat. Tengoklah rambut ayah dia pulak macam mana, tebal! hehe.


Macam Medina dulu, sayang sangat nak cukur rambut dia, tapi time adik dia pulak, memang tak sabar sangat nak cukur. Orang tanya, tak sayang ke nak cukur rambut lebat-lebat. Buat apa nak sayang, sebab rambut dalam perut bukan rambut yang bersih sangat sebab dah bercampur dengan uri iaitu darah@air ketuban@najis. Lagipun amalan sunnah untuk kita cukurkan. Tapi tu lah, kalau nak lebih afdhal and dapat pahala, cukur masa hari ke-7. Tapi sayangnya kali ni tak sempat nak cukur masa hari ke-7. 


Medina lepas dapat adik, sayang sangat dengan adik dia. Bila aku buat kerja sikit, adik dia pulak nangis, aku macam jeling-jeling la sikit pandang Medina. Medina masa tu aku nampak dia tengah tepuk-tepuk adik dia kasi jangan nangis. Sambil pujuk, sambil sebut "adikkkkkk..sshhhuuuhhh..sshhuhhhhh..sshhhuuhh". haha. Bijak anak ibu. Tapi bila part berebut nak minum susu, kemain taknak mengalah!! hailaaaaa anakkk.. Selalu kalau lepas Medina dahh setel menyusu, dia akan sebut "ok, adik pulakkkkk nenenn". haha.


Kak Nina sayanggggg adikkkk


Semoga anak ibu cepat besar macam Kak Nina and sihat-sihat selalu ! 
ibu sayang sangat dua-dua, Kak Nina and Hasya. 



Selamat Hari Lahir anak ibu dan ayah yang ke-2 tahun!
Ibu doakan Kak Nina sentiasa sihat, bijak, dengar cakap ibu, dan pandai jaga adik. Ibu harap sangat Medina boleh protect adik bila dah besar sikit nanti. 



Datang dahhhh geng-geng dia!haha
Ni staff-staff butik Fiska. Antara yg suka melayan kerenah Medina bila Medina datang butik.


Staffs Butik Fiska :) 




Dengan Kak Awin dan husband, Ustaz Shahrizan.
Thank you kakwin and ustaz sebab sudi datang. Kakwin pun masa ni dah sarat sangat nak bersalin dan ESOKNYA terus bersalin!! hehe. Tahniah kak!



Kali ni aku tak sempat nak buat preparations sambut birthday Medina. Bila adik dah lahir, aku kena focuskan dulu dekat adik dia. Hadiah Medina pun memang tak sempat beli. huhu. Nasib dia kecik lagi dan tak tau apa-apa sangat. Yang sempat, aku orderkan cake Hi-5 untuk dia. Hi-5 cite fevret Medina. Lagu hi-5 kau jangan cite lah, habis dia hafal and joget-joget bila cerita dia tu start.

Tak sia-sia aku tempahkan cake Hi-5 untuk Medina, ternyata Medina suka sangat sampai tak sabar-sabar dia nak potong.


Simple cake Hi-5 !


Medina tu sebenarnya muka dia sangat tak sabar nak potong!



2nd birthday, Fiska Medina :)


Antara sedara/sepupu belah suami :)
Thank youu semuaa.


Haaa yang ni pulak dengan ibu yang cantik, Kak Tiqah dengan anak perempuan dia yang Subhanallah comel sangat! Bukan takat comel, cantikk sebab ada lesung pipit :) 


Abang Shah dengan Kak Siti thank you datanggg :)
Tak pernah tak datang kalau jemput kenduri atau majlis apa-apa. 


Alhamdulillah setel semuanya untuk majlis Aqiqah dan Kesyukuran Baby Hasya dengan sambut birthday Medina yang ke-2 tahun. Majlis start pukul 5 petang macamtu and dalam pukul 8 malam macamtuu baru semua dah setel and tetamu dah balik. Legaa sangat dah sempurnakan apa yang patut. 


 3 hari lepas tu, baby Hasya dah pun selesai cukur sampai botak. 
Bila botak, muka terus berubah, saling tak tumpah macam kakak dia. Hilang dah muka ayah dia. hahaha!


Lama giler kot proses nak cukur rambut Hasya. dalam 1 jam setengah macamtu nak setelkan gunting dulu rambut, baru start cukur. lepastu proses nak bersihkan sikit-sikit rambut tu pun ambil masa. Akhirnyaaaa setel jugak.

Last but not least, 

terimalahhhhh sekeping gambar ibu dan anak. teheeeee :')





bawah tu sape lagii ! haha


k lahh! bye bye ! :) 
ada banyak lagi perkara nak share dan cerita, tapi tunggu betul-betul free sikit. ni pun tengah berperang dengan Medina dan adik dia kat rumah.hehe

Assalamualaikum !