Friday, June 26, 2015

Tips cerai susu badan (wean off)


Assalamualaikum and hye.

Ecewah, tajuk entry macam laaa pakar sangat nak bagi tips wean off.
Padahal...huwaaaaaa T__T

Macam yang sedia maklum, Medina dah pun 2 tahun. Yang lagi tepatnya dah nak 2 tahun sebulan dah pun umur dia. Still menyusu badan lagi dan dalam tempoh tu sempatlah jugak pregnantkan adik dia, baby Hasya. hehe. menyempat lagi tuuuhhh.


Kak Nina & adik Hasya 


Aku ingat lagi, masa awal-awal pregnant aku niat dalam hati
 "kalau confirm pregnant ni, aku nak teruskan menyusu Medina sampai baby 2nd ni lahir"

So, selama 9 bulan pregnant (aku rasa 10 bulan pregnant sebab overdue :P ) aku susukan je Medina macam biasa . Tapi awal-awal pregnant tu , aku tanya 2-3 orang doctor laa boleh ke pregnant sambil menyusu anak. Rata-rata doctor yang aku refer semua bagi tapi dengan syarat as long as mummy dengan baby ok dan mummy make sure makan makanan yang berkhasiat dan makan banyak-banyak.


Medina almost 2 tahun 1 bulan

Selalunya proses nak cerai susu memerlukan "persetujuan" antara dua-dua pihak, ibu dengan anak. Tapi, selalunya ibulah yang dah ready nak stopkan bagi susu tapi yang anak pulak jarang lah nak tolak susu ibunya.  Hermm, entah, kadang-kadang aku rasa la jugak tak sampai hati tu. Eeeee.... sape je tak sampai hati kan, mak mana je yang tak sampai hati tengok anak dia merayu-rayu meronta-ronta mintak buuu nak nenen, buuu nak nenen. Tuh haaa, dalam phone aku dah belambak gambar Medina aku sempat tangkap time dia merayu nak susu. Sempat lagi tu aku tangkap, nak buat kenangan la kononnya. haha!


Sesi rayu-merayu T____T 
Muka dia macam takde masalah. 


Medina masa awal-awal adik dia baru lahir haritu je lah nampak dia jeles sikit. Jeles bukan sebab apa pun, jeles sebab nampak adik dia tengah susu dekat ibu. Aku nampak jugak mata dia perhati tajam jeee. Dia rasa pelik kenapa ada orang lain yang duduk baring dan pangku atas aku. Banyak kali dah aku dengar Medina cakap
"adik, nen Nina nyerr" - "Adik, nenen Medina punya."
 Kau nampak tak betapa jaganya nen dia, hak mutlak sungguh bagi dia. 

Bila dia dah selalu nampak situasi adik susu dengan ibu, dia pun dah lali dan biasa dah. Kira dah boleh adaptlah kononnya. Tapi tu lah, situasi tu akan jadi rumit sikit bila adik tengah menyusu, datanglah seketul Medina cuba rapat-rapat dengan aku, sambil lentok-lentok kepala, sengeh-sengeh tunjuk gigi, SAH! aku tau dia nak sebut "buuu, Nina nak nenen" . Tu lah ayat kill dia nak meruntunkan jiwa aku. Memang betul pun dia sebut. huhu. Tapi aku cakap laa elok-elok yang "ibu nak tidokan adik, sian adik nak nenen ibu. Nina kan dah besarr, nina kan baikk, kakak yang baikk "

Macam-macam la aku puji dia ayat kaw-kaw. Tapi harapan tinggal harapan hampa.

Mula-mula tuh dia merayu laa cakap tak henti-henti ayat yang sama. 
"Buu, Nina nak nen, nak nen"




Agak-agak dia dah bosan cakap ayat yang sama banyak kali, dia tambah lagi ayat penyedap, 
"Buu, nina hausss. nina nak bummm" 



Kalau sekali dah dapat, dia punya tido mati, berjam-jam tido nyenyak



Aku tak sampai hati laa dengar dia cakap macamtu, walaupun aku tau yang aku ni memang terkenal dengan sifat degil dan keras hati, tapi tahhhh..naluri keibuan dan ketidaksampaian hatian tu masih ada. haha. pelik nau bunyik ayat aku ni. 

Selalu aku akan delay kan bagi Medina susu, aku cakap nanti lah, ape lah, tunggu adik tido dulu baru ibu bagi. Konon-konon nak bagi dia lupa laa kann,  tapi takpun T___T. Lagi dia beronok-ronok panjat atas bahu aku, dok tergesel-gesel kepala dia dengan kepala aku macam kucing siam manja. Bila still tak dapat lagi ape dia nak, dia datang pulak kacau adik dia yang tengah susu. Dia picit-picit pipi adik dia dengan cara geram sambil menggigil dan terketar gigi dia tu (tapi picit tak sakit la). Pastu dia tepuk badan adik dia sambil cakap 
"Adikkk, adik, dah nenen. Nina pulak. Ni nen Nina punyerr"  T_____T 



Nasiblaaa ko dapat adik yang tak banyak songeh Medina. 


Last-last adik yang banyak beralah. Tapi aku tak boleh nafikan, daripada segi hal lain, Medina seorang "Kak Nina" yang sangat baik, caring dekat adik dia. Sedangkan adik kentut pun, dia suruh aku tukar pampers baru. betapa penyayang yang tak bertempat nye seorang yang bernama Medina nih.


Kadang rasa kesian, kadang rasa lawak plak dengar setiap ayat dia tu. Aku selalu cakap dalam hati yang "dah tiba masanya nak ceraikan susu badan dekat Medina". Lagipun, aku rasa badan ni letih sangat pun ada, lagi-lagi bila waktu malam dan waktu bulan puasa ni. Air dan buah kurma jangan cakaplah, banyak dah aku telan sambil niat sebelum makan dan pastikan waktu sahur tu makan lebih sikit kasi bertenaga. Aku tak boleh tipu lah yang kadang-kadang bila bangun tido pagi-pagi macam moody dan bad mood semacam je sebab tak dapat tido yang berkualiti. haha gitu kan.

Aku dapat kesan Medina ni nak menyusu bukan sebab faktor dia lapar ke haus susu ke. Tapi sebabkan dia dah addicted macamtu. Dia rasa benda tu boleh buat dia mamai dan tertido. Bagi dia, bila dah dapat, satu kepuasan lagi-lagi waktu tengahari , waktu lepas setiap kali mandi pagi + tengahari + petang dan waktu malam sebelum tido. Dah macam-macam drama sinetron air mata bersiri jadi antara aku dengan Medina bila waktu tengah malam. Sekarang ni aku tido tengah-tengah antara Hasya dan Medina. Bila Medina dah kenyang dan tido, aku pusing ke Hasya pulak. Macamtulah rutin malamku 2-3x aksi pusing memusing di atas katil bersama anak-anak! haha.

Aku selalu je buat derrkkk dekat Medina lagi-lagi waktu malam sebab aku nih jenis tido mati, tak suka orang kacau kualiti tido aku. haha. Tapi tu lah, bila Medina terjaga malam, suami pulak pujuk macam-macam, dodoi dan dukung dia pun dia x nak, padahal anak manja ayah tu. Air mata sedu sedan semua aku dengar dekat Medina waktu malam.  Sempat jugaklah aku merasa Medina protes tendang punggung aku sebab aku membelakangkan dia malas nak layan. haha. dah lah tak cukup tidur, dapat pulak habuan sakit-sakit badan.



Medina yang secara realitinya manja dengan ayah, tapi bila nak susu berpaling tadah kasih sayang carik dekat ibu. See? pilih kasih sangat tau !! huhu.


Aku ada jugak datang time waktu geram malas nak layan kehendak Medina. Aku cakap.
"Pegi laa mintak nenen kat ayah tu!" 

Aku ni pun satu hal jugak, datang sengal tak bertempat. huuuu. 




Setakat ni, aku dah try letak panadol je. Aku pecah-pecahkan panadol tu kasi Medina. 1st percubaan memang dah berjaya, tapi esok-esok tu aku yang tewas sebab bila dah nangis kuat sangat, ayah Medina pulak dok cakap " bagi laaa yangg kejap, kesian diaaa". See! Aku bukan takat tewas dengan rayuan Medina, tapi tewas dengan rayuan bapak dia jugak! haha. Eeeeeee geramm!!!




Jadi, start malam ni nak cuba lagi sekali wean off slow-slow. Pokok pangkalnya datang daripada aku sendiri. Kalau aku tak kuat semangat, tak menjadi jugak. Macam-macam la tips yang kawan-kawan kasi daripada tips secara pujukan (psychology) sampailah tips letak benda pelik-pelik macam panadol lah, letak sirap lah, limau nipis, benda pahit2 sampailah ke masam-masam. 

Doakan laa aku berjayaa. tu je. Walaupun hati ni berat sangat, berbelah bagi tapi nak tak nak kena buat juga sebab sekarang masa nak focuskan dekat adik Medina pulak untuk membesar dengan sihat dan kuat! hehe. Aku bet, semua mak-mak pun faham perasaan aku sekarang. 


  
Yang si adik ni tunggu masa je nak besar, siap kau Kak Nina ! 



Adik dia pulak takat ni menyusu badan dengan berjaya la jugak. Masa awal-awal dulu, doctor push naikkan berat badan dia walaupun taklah ringan sangat pun masa keluar 3kg.


Skang nih, dalam proses nak bina muscle2 adik Hasya :)



Last but not least,
doakan Medina dan ibu dia jugak kuat semangat!! haha
Jadi, ada sesiapa yang nak bagi Tips cerai susu badan (wean off) x? boleh tinggalkan komen and share pengalaman korang masing-masing. thank youuu :)




Jumpa lagi next entry.
Bye, Assalamualaikum.