Wednesday, May 25, 2016

Expecting for number 3



Assalamualaikum, hello!

Sebenarnya lama sangat tak update blog. Selalu kalau tak update blog sebabkan kekangan masa sebok layan anak-anak. Tapi kalau yang sekarang ni, sebabkan rasa malas sangattttt nak update. Nak dapatkan mood type entry kt blog ni macam nak bercinta! tapi bila sekali bukak blog, nampaklah jugak ada yang still baca blog. Korang tak bosan ke baca entry lama-lama tu? :p


Selain daripada malas nak update blog, berada dalam mood kesihatan terumbang-ambing sikit sebab sekali lagi kitorang suami isteri digemparkan dengan berita gembira. Pergh statement pon.haha. Takdelah tergempar mana pun, cuma Alhamdulillah lagi sekali dapat tau mengandung kali ketiga. Hehe. Macam sebelum-sebelum ni kalau apa-apa mesti update dekat blog dulu, tapi sekarang ni nak bukak blog pun anak-anak dok berebut sekali nak tengok youtube Didi & Friends lah, Upin Ipin lah, spiderman lahhh! Makanya, sebelum ibu diorang bertukar jadi mak ko ijo, baiklah elakkan diri daripada menghadap laptop lama-lama utk type blog. 


Alhamdulillah nak masuk kira-kira 5 bulan dah pun pregnant kali ketiga ni. Fuhh cepat betul. Morning sickness pun takde lah seteruk macam 1st trimester dulu. Kali ni, penangan mabuk mengandung pun boleh tahan jugak melampaui daripada skala yang sepatutnya. huhu. Samalahhh macam 1st pregnancy mahupun 2nd pregnancy. Takpelah, redha dengan nasib tiap kali pregnant, tiap kali menghadapi morning sickness yg agak teruk. Dah lali jugak rasa mcmni :'D

1st trimester yang lepas :-

Bila dapat tau lagi sekali pregnant, teruss satu badan flat. Selera makan kali ni ZERO ! Teruk betul rasa, nak keluar rumah malas. Senang cite tak payah aku list, semua benda aku malas nak buat kalau tiap kali pregnant! haha. Ini semua boleh dibuktikan dengan berat badan aku almost 8 kilo turun gara-gara 1st trimester. Bayangkanlah, berat mengandung aku sekarang sama macam sebelum mengandungkan anak pertama. Time tak mengandung susah pulak nak turun beratnya T______T

2nd trimester :-

Berada dalam 2nd trimester sekarang dapatlah jugak tengok perubahan sedikit. Selera makan dah boleh diterima tekak semula. Nasi dah boleh bantai 2 pinggan macam biasa. Tapi kadang-kadang, muntah-muntah dan sakit kepala tu datang jugak. Dan 2nd trimester ni jugak, aku rajin masuk dapur dan rajin masak. Wahhhh, impossible jugak ni time pregnant rajin masak :p

Perbezaan 3rd pregnancy dengan 1st dan 2nd pregnancy :-

Sebenarnya takde apa beza pon, cumanya kalau dulu, tiap kali muntah-muntah si ayahnya yang tolong tepuk-tepuk belakang badan time nak muntah dan jugak tolong teman tiap kali lari masuk ke toilet, sekarang ni, dah digantikan dengan si kakak, Medina pulak yang ambil alih tugas ayah dia dulu. Mungkin jugak sebab Medina dah boleh diharap dengan umurnya 3 tahun. Dia lah yang sama-sama sebok lari teman aku dari arah ruang tamu menuju ke arah toilet untuk muntah. Dia lah jugak yang tolong pujuk-pujuk ibu dia ni bagi support moral. Dan dia jugaklah yang tolong jaga adik dia serba serbi kalau ibu lari muntah.

"Ibuuuu, muntah lagi, muntah lagi k? k? Sian ibu. Kan Kak Nina dah cakap dengan ibu, lain kali kena minum susu white. Pasni ibu minum susu white k?" 
*sambil tolong sapu-sapu belakang badan ibu dia*

Tak ke ko sebagai seorang ibu, terharu bila dengar anak yang berumur 3 tahun dia seolah-olah faham situasi kau sekarang. Dan aku boleh cakap dekat sini, aku adalah antara ibu yang bertuah sebab anak pertama dah boleh faham dan boleh diharap untuk jaga adik-adik dia. 


Supplement :-

Kali ni consume macam biasa supplement set Shaklee dan juga supplement wajib iaitu Salindah. 

Sepanjang pregnant, masih menyusukan anak kedua, Hasya macam biasa ke atau dah campur susu?

Masih lagi fully bf kan Hasya macam biasa. Rezeki Hasya masih ada Alhamdulillah. Penat tak? Tipulahhh kalau aku cakap tak penat, tapi mungkin jugak dah ada pengalaman masa mengandungkan Hasya dulu, still menyusukan Medina sampailah dia 2 tahun lebih. Ada rasa mild cramp atau sakit-sakit tak bila menyusu sambil pregnant? Takde jugak, so far takde rasa apa. Apa-apa pun, dalam situasi macam ni, fizikal dan mental memang kena ready betul-betul dan kena kuat. Kalau kau lembik je, memang potensi kecundang tu ada. Support drpd husband lah paling penting.

Happy tak bila dapat tau bila dapat tau Medina dengan Hasya bakal dapat adik lagi? 

Tipulah kalau cakap tak happy. Sape je tak happy kan, Allah turunkan rezeki dalam pelbagai cara dan bentuk. Dan aku yakin, anak lah rezeki yang tidak ternilai. 



Anak kedua baru setahun lebih, tak rasa cepat sangat ke mengandung kali ketiga?

Ni lah soalan paling cepu mas sekali dan aku perasan ada jugak beberapa orang cuba cakap2 bila dapat tau aku pregnant kali ketiga (i see your tweets and comments :p ) Dan rata-ratanya ramai yang dalam kalangan yg belum berkawen bila cakap sedemikian. 

Ini lah kita katakan rezeki. Setiap anak tu pembawa rezeki.  Kalau sepatah ayat cuba nak pertikaikan, kita cuba pertikaikan rezeki yang Allah bagi. Tak perlu pertikaikan rezeki dia dan kita. Jangan ambil tugas Tuhan. Tuhan dah atur cantik-cantik semuanya. Tak pernah sikit pun keluar dari mulut empunya badan yang membawa kandungan ni merungut bila dapat tau rezeki kali ketiga ni. Bersyukurr, tu je :) Sementara umur masih muda, bersalin ramai-ramai, dah tua-tua esok rehat puas-puas. Dan bila anak dah sekolah nanti, nampak anak pun macam baya-baya ibu dia je. Ok perasan. haha. Makanya, bila orang cakap itu dan ini, aku biokan je mereka. Sebabnya, yang cakap tu rezeki-rezeki dia akan datang tak tau lagi macam mana. Itulah realiti kehidupan. 

Medina pun dah 3 tahun. Nampak dia pun memang pandai jaga adik dia. Kalau ibu buat keja, nampak dia ada ciri-ciri sebagai kak long kawasan tolong handle situasi walaupun tak lah tolong banyak mana pun. Terfikir juga keadaan bila dah berada dalam keadaan ahli keluarga yang ramai. Tahun ni, InshaAllah, kalau Allah izinkan. 


Harapnya, sepanjang kali ni proses mengandung dan bersalin dipermudahkan oleh-Nya. 
Minta jasa baik kalian doakan kesihatan ibu dan anak. Bak kata Keknis, Sebut yang baik-baik, kerana kata-kata adalah doa yang melantun :'D

p/s : terima kasih kawan-kawan yang wish tahniah dan doakan yg baik2. Selalunye lebih aktif dekat instagram, tak cukup tangan nak balas satu2 komen. 



Love u both, anak-anak ibu Fiska Medina & Hasya Tasnim.


Bye-bye!



Salam sayang, 
Ibu Medina and Hasya