Wednesday, October 12, 2016

Menunggu hari


Assalamualaikum.

Sebenarnya macam takde motif sangat pun nak update entry, tapi dah alang-alang dah setel semua keje, nak tempek sikit keadaan wanita yang sedang "menunggu hari". hihi.

Sekarang dalam bila-bila masa dalam bulan ni boleh bersalin anak ketiga. Tak tau lah nak cakap macam mana, tapi kali ni kalau boleh nak bersalin awal sikit, harap tak lah sampai betul-betul 40 weeks ataupun overdue. Mungkin sebab masa anak kedua yg lepas, dah merasa overdue 41 weeks.  Kejap-kejap call mak dengan ayah, cakap tolong doakan bersalin awal sikit, pastu tiap2 malam ingatkan suami, jangan lupa lepas solat doakan sayang bersalin cepat. huhu. 



Sekarang. hehe



3rd pregnancy 2016

Kiri : 3 bulan pregnant
Kanan : 9 bulan pregnant 



Tak kisah pun bila badan naik masa mengandung, lagi tertunggu-tunggu adalahh. Yelah, time-time macam ni nak merasa perubahan, lagipun kita berkembang masa mengandung ni pun sebab ada baby kat dalam. Kadang2 bila ambil gambar je suka cakap "ish gemokk!" :'D 
 dalam hati i don't care :P Nanti dah bersalin nak combine gambar lepas bersalin pulak.