Tuesday, February 7, 2017

Mana pegi blog?



Assalamualaikum..

Mungkin ni lah perumpaan yang dikatakan sama dengan busy kalah pak menteri. Banyak kali ternampak komen-komen semua katakan,

"dulu masa zaman kegemilangan blog, suka baca blog-blog dr fatin liyana, hanis zalikha, Irine Nadia (ampunlaaa terperasan sikit nak selit nama sendiri.haha). Sekarang semua dah kawen, dah ada anak, blog jarang update".  

hihikk, biasalah tu, memang diri sendiri akui susah nak update blog sekarang ni. Anak-anak semua tengah berlumba-lumba nak membesar. Yang kakak sulung tahun ni 4 tahun, si adik no dua, tahun ni 2 tahun, dan paling baby sekali baru 3 bulan. Cantik pulak susunan. hihi. 



Takde la apa yang berubah sangat pun. Rasa macam makin tua bila tengok anak-anak makin bertambah. Apetah lagi bila tengok anak sulung tu si Medina tu dah masuk tadika. Lagilahh rasaaa tuaaa! Feeling je, tapi sebenarnya tak tua lagi. hihi. Genaplah tahun ni nak masuk 25 tahun. Bila flash back balik 5-6 tahun yang lepas, kehidupan macam ni yang diangan-angkankan. Realiti akhirnya.


Paling jarang berceritaa dekat blog pasal si budak kecik ni lah. Paling babyyyy.
Baby boy ibu sorang ni Alhamdulillah lah setakat ni paling senang nak handle. 3 bulan dah pun. Mungkin Allah tau, dua-dua kakaknya buas-buas! haha. Hyper kemain! 

Tak tau lah nak cakap macam mana, ada anak-anak depan mata salah satu sebab untuk jadi lebih semangat nak kerja keras untuk diorang :) 

Moga Allah perkenankan doa seorang ibu. Amin, Amin, Amin.