Monday, November 25, 2019

Jom deco rumah dengan Personalised Switch Cover #AvatarOn Schneider Electric

November 25, 2019 0

Hye Assalamualaikum. Bila dah berkeluarga dan sudah pun mempunyai rumah sendiri yang diibaratkan “rumahku syurgaku” ni, Irine memang suka sangat deco dan hias rumah. Salah satu hobi Irine bila dekat rumah dan ada masa terluang, ada je benda nak buat dan deco rumah. Macam Irine sendiri seorang "work at home mom", kalau boleh nak rumah sentiasa berada dalam keadaan yang cantik dan sedap mata memandang.

Ada anak-anak yang ramai pun bukan satu alasan/penghalang untuk irine deco-deco rumah tau. 
Ni lah salah satu aspek penting untuk menaikkan “mood” serta aura best bila nak start business dekat rumah apabila rumah dalam keadaan yang selesa walaupun dikelilingi anak-anak yang ramai😍

Alang-alang tu Irine nak share lah, haritu Irine ada personalized kan switch dekat rumah tau. Kebetulan pulak switch dekat rumah ni ada yang dah tercabut.hehe.

Dulu tak pernah tau pun rupanya kita boleh custom sendiri switch cover #AvatarOn by Schneider Electric.

Personalised switch macam mana tu? Haaa meh nak cerita sikit. Macam Irine sendiri suka sangat dengan floral ni. Apa-apa yang berkaitan dengan floral memang boleh buat Irine happyyyy! Jadi yang bestnya switch ni kita boleh pasang dekat rumah bukan corak kosong je, tapi kita boleh cari sendiri design yang kita minat! Yessss apa-apa je design semua boleh buat!

Ni bukan sticker tau, tapi memang design yang kita custom tu akan print terus atas cover switch with premium digital printing technology! Ada 4 classic designs yang korang boleh pilih which is White, Soft Wood, Dark Wood & Gold Hairlines! 

Irine carik je dekat google or photobook, corak-corak floral yang Irine suka and tadaaaaa! Terhasil lah personalized switch yang cantikkk ni😍






Actually Irine nak try je dulu custom untuk pasang dekat living hall rumah. Bila dah pasang ni memang nampak cantik sangat. Tau tak bila dah sampai personalised switches ni depan mata, Irine belek-belek banyak kali sebab bila pegang boleh nampak dan rasa punyalah high quality switches! Design yang kita custom atas switch ni pun nampak macam real ! Terus rasa nak tukar semua switch dekat rumah ni, dengan toilet-toilet pun Hehehe. Depends lah nak ikut tema apa pun. Macam Irine sendiri bahagian living hall ni ikut tema floral. Maybe dekat bilik anak-anak nanti nak personalised switches favourite cartoon character diorang. Confirm-confirm la anak excited tengok switch bilik pun cantik. For master bedroom & bilik-bilik lain pun Irine nak start buat jugak.


Dan kalau nak tau, switch ni pun korang boleh tukar macam-macam design! Kot-kot la dah bosan dengan design lama, lepastu personalised lah design baru. Hehe. Sebab cara nak pasang dia pun mudah! Just bukak dan pasang je tau new faceplates. So easy!! Dan yang penting cepat! Kita orang perempuan pun boleh buat sambil tutup mata tau.hihi. Just make sure korang kena tukar the switch first ok?



Yang ni gambar BEFORE.

Lama-lama tengok bosan jugak. Apa kata tukar "something" yang nampak lebih unique & fashionable.

Before nak pasang switch i yang cantik ni, kita buat kenangan dulu!!! heheh.

Masa ni nak start pasang switch yang lama dengan yang baru. 



Macam tak sangka, design yang Irine pilih gambar dekat google, tiba-tiba dah print atas switch cover in real ! 



Guys, seeee! Cantik kan? Nampak lah lagi menaikkan seri ruang switch ni. Nak tekan switch pun sayang.haha overr ! Yang geramnya, anak-anak pun asyik nak bukak, tutup, bukak, tutup switch ni.




Ni dah kenapaaa tercegat tepi pintu. hihi.

Tak boleh move on lagi switch dah cantik. Semudah ABC ye nak personalised. 


Bawah ni contoh-contoh design, tapi macam Irine sendiri, Irine carik je dekat photobook or google gambar cantik-cantik. Rambang mata dibuatnya. Husband pun puji cantik tau, dia kata tak sia-sia tukar switch cover, sebab pada awalnya dia pelik tengok wife dia beria nak personalised switch. Yelahhh, orang laki apa tauuuuuu. Tup-tup dia sendiri puji bila dah nampak hasilnya cantik tau.hehe.


Jom tengok design bawah-bawah ni, 









Nak customise switch cover dengan special message for your loved ones pun boleh tau! 

Eh kalau nak tau, personalised switch ni pun boleh jadi satu idea menarik kalau kita nak hadiahkan pada yang tersayang. Nampak la lain daripada yang lain kan?





Nak personalised switch gambar anak-anak pun boleh. So cute kan?









Yang ni Irine suka! Sesuai kalau nak personalised switch dekat bilik anak-anak. Eh confirm-confirm lah diorang berterima kasih dekat ibu dia tau! haha.











AvatarOn by Schneider Electric (https://www.se.com/my/en/) is a revolutionary suite of switches that takes personalisation to the next level with premium digital printing technology. 


Jommm cantik-cantik kan ruang rumah kita. Irine bet kalau sekali dah buat, mesti nak tukar semua switch dekat rumah ni. hehe. Boleh jadi "addict" jugak tau and this one ialah my new hobby iaitu personalised switches !! 


Oh ya, ada GOOD NEWS irine nak share jugak. 

LAZADA ada buat SALE tau sempena 12.12. Please go to Lazada Schneider AvatarOn ok? 


You can easily create your unique Avatar designs with 4 steps through online customization service at https://www.photobook.com.my/home-decor/schneider-avataron-switch-cover but you need to get your AvatarOn installed first :)


Jangan lupa share kalau korang dah buat okay!!