Sunday, December 15, 2019

Holiday di Legoland Malaysia



Hye Assalamualaikum

Entry ni terhasil atas request daripada followers juga and i think entry ni pun bagus untuk dikongsi bersama. Sebab apa? Sebab Legoland adalah one of tempat percutian yang sangat recommend untuk parents datang bawa anak-anak bercuti ! Bak kata orang sekarang, tempat yang sesuai untuk "beli jiwa anak-anak". hehe. 



Honestly, dulu bila tengok iklan dekat tv tentang Legoland tak rasa sangat pun nak pergi.Masih tak terhasut dan tak terpengaruh lagi pun nak pergi. Dalam fikiran, ala sama je macam theme park & water park lain. Rupanya sangkaan tu MELESET sama sekali ya! 

So far, dah pergi 2x ke Legoland bawa anak-anak datang bercuti dekat sini. Apa yang Irine boleh cakapkan, BEST SANGAT-SANGAT!! Bukan anak-anak je happy, mak ayah pun confirm akan happy tau walaupun duit mengalir macam ayaq terjun mengenangkan duit tiket nak bayar! hahah. But overall, berbaloi-baloi lah. Of course akan repeat next time, InshaAllah. Kalau anak-anak mintak datang lagi Legoland, kitorang suami isteri just pesan "doakan ibu dengan ayah murah rezeki ya? Nanti boleh datang lagi". Cepat-cepat diorang tadah tangan doa. 


Bilik untuk ibu dengan ayah, 1x King bed.

Ok ada 2 pilihan korang boleh pilih kalau nak datang di Legoland. Sila planning betul-betul mengikut budget masing-masing ya?


1st, korang boleh stay dekat mana-mana hotel berhampiran dengan Legoland. Macam 1st time pergi dulu kitorang tak stay dekat Hotel Legoland, kitorang stay dekat hotel apartment berhampiran dengan Legoland untuk 3 hari 2 malam. Berbaloi jugak sebab apartment siap ada dapur, pantry, ruang tamu, 2 bilik besar. Senang cerita best dan selesa. Yang ni korang boleh survey sendiri dekat mana-mana website ya. 

2nd pula, stay di Hotel Legoland which is inilah tempat yang diidam-idamkan oleh setiap anak-anak yang datang ke sini. Cadangan Irine sendiri, if nak merasa sekali seumur hidup memang Irine recommend sangat check in dekat Hotel Legoland sendiri. Sebagai kenang-kenangan untuk anak dan parents sendiri. Sebab Hotel Legoland ni agak pricey sikit tapi apa yang Irine boleh katakan berbaloi daripada awal masuk lobby sehinggalah masuk bilik. Makan breakfast dan dinner pun sedap. 

Untuk kali kedua ni kami pilih Hotel Legoland untuk check in. Memang dah aim siap-siap nak stay sini. Jadi kitorang booking 2-3 hari sebelum dekat website booking.com 


Kitorang pilih bilik Premium Adventure Theme. Ada 1 king bed & 1 bunk bed also ada extra bed jugak. Jadi moleklah semua anak-anak tidur dekat tempat tidur masing-masing. Anak sulung tidur atas, anak kedua tido belah bawah dan anak ketiga kami tarik je extra bed tu. Anak kecik tidur dengan katil mak ayah.hehe.



Dari segi perbelanjaan untuk Hotel Legoland, untuk semalam rate untuk bilik Rm1200++ . Yang ni kitorang pegi dkt website booking.com . Masa dah check in dan masuk bilik tu, Irine cakap nak upgrade bilik sebab nak view nampak waterpark Legoland. Jadi, kitorang call receptionist nak upgrade bilik tukar view. Sebab view yang awal-awal kitorang masuk ni macam bangunan depan sana, so rasa macam tak berbaloi pulak check in dah mahal-mahal tapi view tak berapa best. Dah alang-alang sampai kan. Ada penambahan charge untuk tukar view nampak waterpark. Jadi gedebak gedebuk dalam Rm1400 lebih kurang untuk semalam. Untuk 2 malam Rm2800. 

Rate ni tak sama tau, sebab korang boleh dapat lebih murah lagi kalau bukan musim cuti sekolah dan juga weekdays. Masa kitorang pergi ni weekdays tapi cuti sekolah, jadi a bit pricey but overall memang puas hati sangat. Personally bila orang tanya berapa hari yang berbaloi nak check in hotel Legoland bila dah sampai sini? Sejujurnya, 3 hari 2 malam should be nice. Kalau 2 hari 1 malam tak sempat nak cover main dalam Legoland nanti. 



Untuk bilik dekat Hotel Legoland ni ada banyak jenis theme. Ada jenis Pirate, Adventure, Kingdom & Ninjago. Yang kitorang punya ni bilik tema Adventure. Beza dia adalah corak bilik, boleh tengok dekat website Legoland ok? Dan beza dia juga adalah size bilik. Rate pun tak sama ikut jenis bilik nak yang macam mana.


Pirate, Adventure, Kingdom, Ninjago


Anak-anak 1st impression bila masuk bilik excited! Lebih dari jakun lah! hahah. Kampung.com sangat masing-masing. Yelah mana tak nya, Hotel Legoland ni kiri kanan atas bawah everything bertemakan lego tau. Dekat bahagian lobby saje dah penuh dengan mainan lego, deco semua cantik sangat. Even orang luar pun boleh datang main walaupun tak check in sini. Dekat bahagian lobby banyak games. Memang hari-hari ada show, ada maskot pakai costume Legoland datang merayau tiba-tiba dekat bahagian lobby,dekat bahagian restaurant hotel, dekat lift, eh bersepah!! haha. So bila anak-anak tersempak maskot, memang diorang terkejut happy sangat la nak bergambar. 


Oh ya, lupa nak story. Masa awal-awal masuk dalam bilik, ada satu peti harta karun tau.haha. Korang kena jawab beberapa soalan and cari jawapan dia satu bilik.


Ni lah peti harta karun tu.haha. Dalam ni ada hadiah tau. So kena jawab semua soalan (ada kertas soalan hotel letak atas meja) dan carik benda tersembunyi. Bila dah berjaya jawab, sila lah bukak kunci peti ni. Dalam dia dapat hadiah key chain lego, dapat mainan Lego dan dapat voucher shopping beli barang dekat Legoland.Syokkk!


Dengan ayah-ayah depa pun terjebak jugak.hehe




Rasanya kalau duduk dalam bilik saje pun anak-anak dah happy dah. haha. Sebab dalam ni penuh dengan mainan. Siap ada box lego hotel providekan untuk kids main.


Masa ni ibu dah tukar bilik upgrade pada view yang nampak waterpark dekat window.


Satu masalah pulak bila dah upgrade view bilik, diorang jadi tak sabar-sabar nak turun main! haha. Nasiblaaaa ibu dan ayah nak melayan kerenah masing-masing. 


Cuaca dekat sana dua kali pegi memang musim hujan waktu petang. tapi ok je sebab lepas hujan stop balik sambung main.haha. 


Boleh dikatakan segalanya KIDS FRIENDLY. Baju mandi ni pun hotel providekan untuk kids tau. jakun la masing-masing nak meniru macam ibu ayah pakai.hehe. 


Selipar pun hotel providekan untuk kids jugak. So cute! Kitorang bawak balik rumah masa nak balik, pastu letak dalam bilik diorang.


Toilet. Pun bertemakan Lego jugak. Lupa nak snap bahagian sink dan mirror untuk kids berhadapan dengan sink adult ni. Sebab tadi Irine ada mention Kids friendly kan, so untuk budak-budak punya sink dan mirror pun ada jenis rendah sikit. 



So cute!! hehe. Bawak balik rumah jugak! haha.


Berus gigi and ubat gigi pun ado. 


Waktu malam pulak, kitorang macam malas nak keluar dari hotel cari makanan. Husband tanya nak makan malam dekat hotel atau dekat luar. Sebabkan masing-masing macam dah letih waktu malam, kitorang decide makan dekat hotel je. Tapi kena bayar la sebab rate hotel tadi tu hanya include breakfast untuk semua 1 keluarga. Dinner je optional.


Restaurant pun semuanya LEGO jugak. hehhe. Bestttt! 


Paling suka sebab colorful. Bertemakan color lego. 


Untuk rate dinner pulak, haaa nahh Irine dah snapkan siap-siap. Bagus tak i very details demi memenuhi kehendak pembaca blog. haha.

Basically untuk dinner hotel sediakan makanan seafood & BBQ. Ada semua nasi, satey, goreng-goreng,sushi dan lain-lain.  Tapi Irine lagi suka makanan breakfast hotel. Macam 5 star wooo! Banyak sungguh makanan waktu pagi.


Ni antara yang sempat snap. Tapi sory la bab makan waktu malam ni tak sempat nak snap banyak-banyak sebab busy handle 4-4 anak.hihi



Seafood & BBQ


Luar dari Restaurant ni pulak, ada ruang khas main lego.Jenis lego besar-besar macamni. So diorang boleh lah main-main dekat sini. Anak-anak lepas dah kenyang, semua berlari nak main dekat luar. Kitorang pun ambil kesempatan makan puas-puas dekat dalam.haha. 


Hud pun nak main jugak.hehe
Ruang ni pun orang luar boleh datang main tau walaupun tak check in hotel. 



Masing-masing busy nak bina castle pakai block lego ni. 



Senarai aktiviti dan timing dekat hotel. Ada show semua sekali. Ada persembahan silap mata semua.


Maskot yang sentiasa dikejari oleh budak-budak.



Ok setel part hotel. Nak masuk part Theme Park & Water Park. Anyway, hotel dan ticket untuk main dalam Legoland asing-asing tau. tak include dengan hotel.

Saranan dan cadangan berdasarkan pengalaman Irine, kalau untuk 3 hari 2 malam :- 

Untuk Theme Park u all boleh masuk dan cover dari pagi sampai petang. Nak bagitau siap-siap, Theme Park Legoland ni besar tau, 1 hari pun tak tentu pun boleh habis explore dalam tu. Dalam theme park ni, tak semua kids yang boleh main semua games. Ikut pada ketinggian anak. Kalau macam anak Irine yang umur 6 tahun tu memang semua games dia boleh main. Yang adik-adik dia yang umur 3 dan 4 tahun tak lepas ketinggian. Tapi janganlah risau, sebab banyak je lagi games dan aktiviti lain dalam theme park yang diorang boleh join. Boleh naik boat, boleh naik train keliling kawasan Legoland, and macam-macam lagi. 


Rate untuk ticket Theme Park. Bawah 3 years FREE masuk. 
Kalau ikutkan dekat sini, ticket untuk dewasa Rm159/pax & Kids atas 3 tahun Rm130

Parents (Irine & husband) 2x Rm159
Child (Medina, Hasya, Umar) 3x Rm130

Untuk baby Hud boleh masuk free je. Ticket boleh keluar masuk jangan risau. Dalam theme park ada cafe jual makanan. Ada surau semua siap kalau nak solat dalam tu. Sila sediakan duit lebih sikit bila dah masuk dalam, sebab selain kena keluarkan duit untuk beli makanan (confirm lapar dah main seharian.hehe), confirm nak shopping souvenir Lego dalam tu. Masa 1st time pergi Legoland, memang berhantu tengok souvenir comel-comel. All about LEGO ! Anak mintak macam-macam! Sakit tekak dibuatnya marah anak-anak jangan beli macam-macam.haha. Tapi untuk kali kedua pergi Legoland, bab shopping ni boleh tutup mata dah sebab tak berapa heran sangat. Masa 1st time pergi je excited hihi. So kali kedua boleh save cost. 


Mari kita pergi explore Theme Park dulu ! 




Masing-masing mencari mana la bangunan nak masuk theme park. 


Kaunter ticket. Kalau korang beli ticket pakai apps je, tak perlu pun beratur beli dekat kaunter. Lagi mudah tau. Tak yah berpanas-panas berpeluh ketibas ketibus. 


Done ticket!! Untuk Theme Park, Waterpark, & Sea Life. 


Hah! Ambikkk! haha.



Ticket Legoland pun cantikkk! Simpan buat kenangan. Kalau beli dekat apps, tak dapat la ticket comel-comel macamni. haha. Sebab diorang scan je dekat kertas print tu. Kalau beli direct dekat kaunter dapat la gini. Faham ke idok? Ticket ni anak-anak simpan dalam wallet dan dalam buku masing-masing. Nak buat kenangan diorang kata. 


Dalam Legoland masa ni ada games. Join jugak sebab dapat hadiah macam-macam untuk kids.hehe


Knock-knock Alley. Ada 4 pintu budak-budak kena ketuk, dan akan ada 4 perwatakan akan keluar bagi some goodies bag. Lebih pada candy la. budak-budak pun suka la.


Paperbag yang dapat dekat depan tempat beratur tadi fungsi dia untuk orang dalam bilik ni nak bagi goodies. Ni Kak Nina tengah prepare ketuk pintu.


Lepas ketuk pintu, masing-masing tadah la paperbag.hehe


Ada 4 pintu semuanya. Masa ni Halloween, so banyak la tema-tema halloween yang keluar.


Watak yang takut macamni pun ada.haha. Serius je muka tak senyum konon nak takutkan kids la. Mak pak pun takut jugak tengok riak muka.haha.


Umar nangis masa ni sebab kakak tu acah-acah nak bawak Umar masuk sorok dalam bilik.muahhaha. Tobat Umar tak nak main games ni. 


Puas hati la tu dapat goodies. 


Dia ni pun paling happy.hehe.


Ada show dalam Theme park ni jugak. Ada time-time dia. Kalau rajin tanya la dekat staff depa, nanti diorang suruh standby depan stage. Ada dancing nyanyi-nyanyi, ada games dan lain-lain. Budak-budak memang suka la. 


Show time!



Nyanyi ramai-ramai time ni. 



Dekat sini banyak sangat patung-patung Lego macamni. Bersepah, sebab tu diri sendiri syok datang sini walaupun i bukan kids! haha. 


Dalam kedai souvenir pun boleh main lego jugak.


Umar.


Kak Nina


Hasya.


Ayah paling excited ya sebab dia je boleh naik benda alah ni dengan Kak Nina. Lagi 3 orang tu sila duduk tepi diam-diam. hihi.

Ibu banyak record video sebenarnya,  so gambar-gambar games dalam theme park ni banyak dekat phone ayah depa. Jadi, kalau korang nak tau lebih lanjut aktiviti games dalam Theme Park ni, sila lah follow instagram Irine di @irine_nadia ok? Irine ada save dekat bahagian highlight story. 

Ok next!! Setel lah kiranya bercerita details tentang Theme Park. Nak masuk cerita tentang water park pulak. Untuk water park ni kitorang pegi hari keesokannya. Guna ticket baru tau, jangan recycle ticket theme park pulak.hihi.


Rate for water park Legoland. Bukak dari 10am sampai 6pm.Boleh keluar masuk jugak.
The next day pulak, baru we all masuk waterpark pulak dari pagi sampai ke petang. Water park Legoland ni pun best jugak. Paling best sebab ramai life guard yang akan kawal pengunjung yang datang ke sini. Boleh dikatakan setiap penjuru ada je life guard untuk memerhati gerak geri orang yang mandi manda dekat sini. Yelah kadang-kadang ada kids yang susah nak kawal.haha. 

Rm117 untuk ticket adult dan budak-budak atas 3 years RM96. Baby pulak kena bayar Rm11. Sila bayar dekat kaunter ye sebab nanti diorang akan providekan diapers baby untuk swimming dalam 3 pasang macamtu. 


Mari kita explore water park pulak! yay!


Hang tengok si Hasya tu. Kemain lagak lagi gaya.muahhaa


Yang ni terpancar lah sifat aktif si Umar.


Baby Hud Alhamdulillah mudah nau nau nak jaga dia. Keja dia tido je. haha.Tau-tau je dah kena salin baju pakai baju swimming suit dalam keadaan mamai-mamai baru bangun.hehe


Salin siap-siap swimming suit dari hotel.


Anyway pelampung tak yah bawak tau. Tak dibenarkan bawak pun. Life guard memang tak bagi bawa pelampung dari luar. So kitorang letak tepi je. 

Untuk waterpark ni dia ada banyak bahagian. Besar jugak. Ada slide besar, untuk kids, ada pantai, eh macam-macam lah. Nak tau lebih kena pegi sendiri ! hihi. Sebab Irine dengan anak-anak memang enjoy sangat part water park tau! 


Budak yang susah nak kawal!!! Gerammmm! Tak boleh terlepas pandang sikit dia dah melulu pi tempat lain.


Dekat sini ada life jacket disediakan untuk kids tau. Free je, tak yah sewa pun. Pelampung pun semua boleh ambil.


Ni life jacket untuk size kids. Comell.hihi. I mean anak i comel.kehkehk :P 



Kelihatan dugung sedang menyelam mengacau mangsa. lol.


Layan je lah gambar ok? Malas nak type. hahaha. 




Paling suka main dekat sini. Bawak anak-anak naik pelampung. Best sangat kualiti time macamni. Rasa nak nangis pun ada dapat happykan anak-anak walaupun pocket i kering dah.hahahah.





Apa yang penting, kerjasama. hehe.



Lain-lain boleh tengok dekat instagram Irine ok? Ada lebih details video main dekat waterpark. Follow ig @irine_nadia 


Dekat sini ada photographer jugak tolong snapkan gambar. Kalau nak beli, boleh pilih gambar dekat luar nanti. cari dan pilih gambar korang. Kalau tak nak pun takpe. Yang ni kitorang mintak Life Guard tu tolong snapkan semua gambar kitorang.hihi. Boleh la daripada takde walaupun muka masing-masing kesejukan tahan gigil.


Ok next!!!

Nak bercerita part Sea Life pulak. 

Untuk Sea Life pulak maybe boleh masuk hari ketiga sebelum nak balik. Ikut la masing-masing. Nak masuk sebelum pegi water park or theme park pun boleh sebab sekejap je masuk dalam tu. Sea life ni dia macam ala-ala Aquaria cuma tak berapa besar, but still anak-anak enjoy. Yelah kali pertama masuk Sea Life dekat Legoland kan.  Pandai-pandailah arrange macam mana jadual sepanjang dekat sana. Sebab bila jadual aktiviti yang melibatkan anak-anak ni, kita tak boleh ikut mood sendiri. Mood mak pak kena korbankan sekejap demi menjaga keharmonian mood waktu bercuti tidak bertukar menjadi singa jadian. Marilah kita ikut mood anak-anak, alaa bukan selalu.haha. 

Sea Life ni kalau dah sekali pegi, next time x yah masuk pun takpe kot. Save cost sikit.hihi. 

Untuk rate Sea Life ni carik sendiri lah ye dalam website. Tak sempat nak screenshot. Tapi harga dia lebih cheaper berbanding water park dan theme park. 


Cantik sangat dalam sealife ni. Budak-budak teruja bila masuk. Boleh pegang tapak sulaiman jugak. Banyak jugak ikan, shark dan lain-lain. Kalau bernasib baik, boleh tengok staff legoland menyelam dalam kolam ni dengan ikan-ikan semua. 



Lain-lain gambar malas nak carik dalam phone.haha, Letak sikit je lah. 

OK rasanya tu je lah boleh share :) 
Apa-apa pertanyaan nak tanya, silakan.



Apa yang Irine boleh share, kalau nak pergi Legoland ni menabung dulu pun takpe asalkan dapat pegi enjoy puas-puas and dapat cover semua theme park, water park, dan sea life. Untuk anak yang ramai macam kami ni agak cost sikit sebab bilangan anak-anak ramai. wuwu. Tapi sekali pegi, memang betul-betul manfaatkan sebaik mungkin enjoy!!!

Ok byeee! Enjoy your reading! 
Moga dapat manfaat dan info melalui info ni.